
Persatuan Alumni Kolej Vokasional Port Dickson
PPM-015-05-28052024

UCAPAN PENGERUSI PERSATUAN
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana melayari Portal Rasmi Alumni Kolej Vokasional Port Dickson.
Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah s.w.t, dengan keizinan Nya, Portal Rasmi Alumni Kolej Vokasional ini telah dapat disiapkan dan boleh diakses oleh orang awam. Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada ASZ SUCCESS kerana telah membina dan menyediakan portal ini sangat menarik. Begitu juga penghargaan saya kepada semua warga Alumni Kolej Vokasional Port Dickson yang turut menyumbang kepada pengisian portal rasmi ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Objektif utama penubuhan portal rasmi ini adalah untuk memperkenalkan kepada orang awam mengenai Kolej Vokasional Port Dickson dan juga pelajar lepasan Kolej Vokasional Port Dickson . Pada masa yang sama, portal rasmi ini juga dapat membantu pihak pengurusan kolej untuk mendapat data terkini mengenai pelajar alumni dan kebolehpasaran pelajar Kolej Vokasional di luar. Portal ini akan sentiasa dikemaskini bagi menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti kolej dan informasi terkini untuk semua warga Kolej Vokasional Port Dickson. Saya berharap portal ini dapat membantu pihak Kolej untuk mendapatkan data terkini mengenai pelajar lepasan Kolej Vokasional Port Dickson dan menjadi salur utama bagi semua Alumni Kolej Vokasional Port Dickson mengenai perkembangan semasa.
Selain itu, untuk pengetahuan semua warga Kolej & Alumni Kolej Vokasional Port Dickson, Alumni ini telah didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM). Alumni ini juga menjadi persatuan yang sah untuk membuat segala aktiviti yang bakal dilaksanakan. Nombor pendaftaran persatuan adalah seperti berikut, (PPM-015-05-28052024)
Akhir kata, saya amat mengalu-alukan sebarang cadangan, penambahbaikan dan pandangan yang membina daripada semua pihak bagi memantapkan lagi portal kami.
MUHAMMAD KHALID ARIFF BIN HANAWI
Pengerusi @ WebMaster
Persatuan Alumni Kolej Vokasional Port Dickson
PENDAHULUAN
Persatuan Alumni Kolej Vokasional Port Dickson secara rasminya didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) di bawah Akta Pertubuhan 1966 pada 29 Jun 1971.
Pada awalnya Persatuan ini dinamakan Persatuan Alumni KV Port Dickson, tetapi atas nasihat oleh Pengarah Kolej dan juga barisan jawatankuasa Alumni,nama tersebut telah ditukarkan kepada Persatuan Alumni Kolej Vokasional Port Dickson pada 17 Mei 2024. Alumni yang telah bergraduat pada tahun 2016 sehingga kini secara tidak langsung telah disahkan menjadi Ahli Persatuan Alumni Kolej Vokasional Port Dickson.
OBJEKTIF
- Untuk menyatukan bekas-bekas pelajar Kolej Vokasional Port Dickson atau dahulu dikenali sebagai Sekolah Menengah Vokasional Port Dickson (SMVPD) dan Sekolah Menengah Teknik Port Dickson (SMTPD).
- Untuk mengeratkan silaturahim diantara bekas-bekas pelajar, tenaga pengajar kolej dan semua kakitangan Kolej Vokasional Port Dickson.
- Menggerak, merancang, melaksanakan program Alumni Kolej Vokasional Port Dickson.
- Membantu pihak Kolej dalam membangunkan dan merialisasikan aktiviti-aktiviti Kolej.
- Menanam semangat cinta kepada ilmu dan Kolej.
KEAHLIAN
Untuk mendaftar sebagai ahli Persatuan Alumni Kolej Vokasional Port Dickson, sila hubungi kami:
Persatuan Alumni Kolej Vokasional Port Dickson
Kolej Vokasional Port Dickson
KM 5, Jalan Seremban
71000 Port Dickson
Negeri Sembilan Darul Khusus
No Tel : +6011-58775733 (Pengerusi)
+6011-64332784 (Setiausaha Agung)
Emel : pakvpd2024@gmail.com
MAKSUD LOGO

MAKSUD WARNA
Hitam : Ketegasan Dan Kuat.
Biru : Merangsang Pemikiran Yang Positif.
Merah : Tenaga, Tindakan, Kekuatan Dan Kegembiraan.
Kuning : Merangsang Aktiviti Fikiran Dan Mental.
MAKSUD SIMBOL
Garis menegak : Benteng Pertahanan sebagai keluarga Alumni.
Huruf KVPD : Melambangkan Nama Kolej Vokasional Port Dickson.
Titik bulat : Mencetus idea kreatif / kerjasama dan hubungan diantara Alumni.
Bentuk Kotak Merah : Inovasi dan kreativiti.
Bentuk Separuh Bulat : Pertumbuhan dan kemajuan diri.